Ingin jadi jutawan?refer to http://nordijef.wordpress.com
Archive for the 'burung layang-layang gua' Category
layang-layang
Layang-layang Gua atau Edible-nest Swiftlets sudah terkenal sejak bertahun-tahun dulu disebabkan kepentingannya kepada ekonomi pengusahanya dan kepada negara. Burung Layang-layang Gua ini tergolong dalam Genus: Aerodramus dan nama saintifiknya ialah: Aerodramus fuciphagus.
Di Malaysia, seperti juga di Indonesia dan Thailand, burung Layang-layang Gua ini terkenal sarangnya yang boleh dimakan dan kebiasaannya dibuat sup- Bird’s nest soup. Di Malaysia terdapat dua spesies burung layang-layang yang menghasilkan sarang yang boleh dimakan iaitu Layang-layang sarang hitam (A. Maximus) dan Layang-layang Gua (A. fuciphagus). Layang-layang Gua dikenali sebagai burung Walet di Indonesia. Sesetengah pihak di Malaysia juga memanggilnya burung Walit, meniru nama yang sama dipanggil di Indonesia tetapi menukar ejaan dari Walet kepada Walit. Mungkin bagi mengelakkan pertelingkahan kerana mengambil perkataan Indonesia tanpa kebenaran??
Nama Burung Layang-layang Gua telah termaktub dalam enakment sejak tahun 1950an dan pada 1972 ianya telah disenaraikan di dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar AKTA 76/72.
Burung Layang-layang tergolong dalam famili burung yang berupaya terbang melayang pada kelajuan yang tinggi. Layang-layang yang sebenar (true swift) hanya berupaya bergayut pada permukaan dinding yang kasar seperti dinding gua, bangunan atau permukaan kayu yang kasar yang tergantung. Ia juga terbang melayang menggunakan sayapnya yang panjang, lebih panjang dari ekornya.
Burung layang-layang lain seperti swallows (Sualo) dan Treeswifts yang selalunya dapat dilihat pada talian letrik, talipon atau ranting-ranting pokok tergolong dalam famili yang berlainan. Burung-burung ini biasanya terbang dengan bulu sayap yang sedikit tertutup. Contohnya: Swallows-Pacific swallow, Barn Swallow, Red-rumped Swallow; Treeswifts-Grey-rumped treeswift, Crested Treeswifts,Whiskered Treeswifts, Moustached Treeswifts.
Burung layang-layang yang bersaiz kecil yang lain terbang dengan speed yang lebih perlahan, kerap bertukar arah dan dengan badan sedikit menyenget ke sisi. Contohnya: White-bellied Swiftlets, Asian Palm Swifts, House Swift, Fork-tailed palm swift, Comon swifts, Dark-rumped Swifts.
Typical Swifts tergolong dalam famili Apodidae. Badannya agak compact sayang yang panjang, leher pendek, dan kaki yang terlalu pendek serta kuku yang tajam. Burung layang-layang ini boleh terbang sehinga melebihi 20km sehari. Mereka mencari makanan, minum dan mandi ketika terbang.
Burung layang-layang ini memakan serangga yang ditangkap semasa terbang (menyambar). Kebanyakkannya membina sarang secara berkoloni (berkelumpok) atau beramai-ramai di dalam lubang-lubang, dinding gua dan menggunakan bahan-bahan daripada palnts materials dan dilekatkan bersama dengan air liur mereka. Layang-layang ini tidak mempunyai nilai ekonomi kecuali mereka membantu menangkap serangga perosak di kawasan pertanian.
Layang-layang Rumah (house swifts) kebiasaannya membuat sarang di bangunan-bangunan seperti rumah, pejabat atau sebagainya. Ia membuat sarang daripada lumpur dan rumput-rumput. Ia juga membuang najis di merata tempat dan menyebabkan kekotoran. Ia juga dianggap sebagai pests oleh sesetengah orang.
Burung layang-layang terletak di bawah famili Apodidae. Terdapat 19 genera, 92 spesies, dan 276 taxa. Terdapat 2 sub-famili layang-layang iaitu: Cypseloidinae (13 spesies), Apodinae (79 spesies). Apdinae mempunyai 3 tribes: Collocalini (Swiftlets-4 genus)-28 spesies; Chaeturini (spinetails-24 spesies) dan Apodini (typical swifts-27 spesies).
Terdapat 5 spesies swiftlets di Malaysia. Mereka tergolong dalam 3 genus: Aerodramus, Collocalia dan Hydrochous. Kesemua mereka bersarang pada gua, bangunan, culvets dan rock shelters. Kelima-lima spesies tersebut ialah: Black-nest Swiftlets, Giant Swiftlets, Mossy-nest Swiftlets, White-bellied Swiftlets, dan Edible-nest Swiftlets.
Habitat Swiftlets:
Burung layang-layang merupakan highly specialized feeders. Ini menjadikan mereka memerlukan kawasan yang mempunyai makanan yang banyak. Mereka juga memerlukan kawasan tempat tinggal dan membiak yang berhampiran dengan kawasan mereka mencari makanan. Burung layang-layang yang menghasilkan telor yang sedikit boleh memberikan peluang untuk mereka keluar mencari makanan di kawasan yang jauh daripada sarang mereka.
Selain kawasan yang mempunayi serangga yang banyak, kawasan yang b erhampiran dengan air juga adalah penting.
Biologi Swiftlets:
Black-nest Swiftlets menghasilkan sebiji telor setiap kali musim bertelor. Sementara Edible-nest Swiftlets menghasilkan 2 biji telor pada setiap musim bertelor. Terdapat 3 musim bertelor setahun bagi kedua-dua spesies. Swiftlets memerlukan lebih dari sebulan untuk membina sarang mereka. Kedua-dua jantina (pasangan) mengambil bahagian membina sarang.
Terdapat pelbagai spesies burung layang-layang di dunia tetapi di Malaysia ada daripada jenis tempatan dan juga berhijrah. Burung yang anda lihat disekitar rumah anda atau yang hinggap pada talian letrik,talian telefon, pada ranting-ranting kayu mati atau bertenggek di mana-mana permukaan bukan dari spesies yang boleh menghasilkan sarang yang boleh dimakan.
Yang paling penting ia menghasilkan air liur yang digunakan untuk membuat sarang. Tidak seperti sarang burung-burung lain, sarang burung ini boleh dimakan. Sarangnya dipetuakan oleh JAKIM sebagai harus untuk dimakan melalui penyelidikan yang telah dijalankan oleh pegawai mereka.
Jadi tak perlu was-was untuk mencuba meminum air sarang burung layang-layang gua ini.
Burung Layang-layang Gua ini telah disenaraikan di dalam Jadual … di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 72/76. Sebelum tahun 2004, ianya diperlindungi sepenuhnya. Tetapi kajian menunjukkan populasinya semakin menurun dsebakan kegelojohan manusia mengutip sarangnya untuk dijual. Memandangkan sarangnya yang berharga amat tinggi, usaha untuk melindunginya amat sukar sekali. Oleh sebab itu kebanyakkan gua-gua yang berada di perairan Malaysia terutamanya di Semenanjung Malaysia tidak lagi menyediakan habitat yang baik untuk burung-burung ini. Begitu rakusnya manusia, sehingga belum pun sempat burung-burung ini menyiapkan sarang mereka, ianya telah pun dicuri oleh manusia yang kejam. Kutipan sarang juga menyebabkan telur atau anak-anak yang ada didalamnya dibuang begitu sahaja…KEJAM kan? ITULAH MANUSIA…
Sejak tahun 2004, burung layang-layang ini telah dikeluarkan dari senarai burung-burung yang diperlindungi sepenuhnya setelah satu kajian populasinya dijalankan oleh pihak Jabatan PERHILITAN pada tahun 1995 dan 1997. Kini pihak Jabatan PERHILITAN telah menggalakkan orang ramai menceburi industri sarang burung layang-layang ini. Walaubagaimana pun lesen-lesen yang tertentu dikenakan bagi menjalankan industri ini seperti lesen mengutip sarang, lesen berniaga dan juga import/eksport.
Burung Layang-layang Gua ini tergolong dalam Genus: Aerodramus dan nama saintifiknya ialah: Aerodramus fuciphagus.
Ia berbeza dengan lain-lain burung Layang-layang kerana sarangnya yang berwarna putih dan diperbuat daripada air liurnya. Sarangnya pula boleh dimakan. Burung ini juga mempunyai kaki yang amat pendek sehinggakan apabila jatuh di mana-mana permukaan, ia tidak akan dapat terbang semula. Hanya MAUT menjadi takdirnya, kecuali kita MANUSIA dapat membantunya untuk melambungkan ia keudara..
Tabiatnya yang tidak boleh hinggap di mana-mana pokok, talian, atau apa-apa selain di tepian gua atau di papan/dinding yang kasar membuatkan ianya cuma boleh terbang di sepanjang hari. Allah Taala memberikan ianya kekuatan untuk berbuat demikian. Ia makan secara menyambar…oleh itu burung ini haram untuk dimakan. Ia mengurat temannya dan mengawan juga di udara. Ia juga minum sambil terbang..MENAKJUBKAN KAN?
Oleh sebab-sebab inilah layang-layang gua ini PEMBERSIH dan ia belum ada rekod lagi membawa sebarang penyakit. Kajian oleh pihak Institute Penyelidikan Veterina belum pernah menemui apa-apa jenis penyakit yang dibawa oleh burung ini..
To be continued..
Ingin menjadi jutawan??
Anda boleh menjadi jutawan dalam jangkamasa hidup anda atau anak-anak yang mewarisinya. Ramai dikalangan pengusaha yang berbangsa Cina telah menjadi jutawan kerana mereka telah menceburkan diri dalam business ini sejak 20-30 tahun dulu. Anda bila lagi??
Pihak kami boleh membantu anda atau anak-anak anda mencapai cita-cita tersebut. Sarang burung layang-layang gua ini telah bertahun-tahun berada di pasaran dan permintaannya tidak pernah menurun. Dunia sehingga kini masih kekurangan stok untuk dibeli. Malaysia kini menjadi antara negara yang mempunyai potensi yang besar untuk mengeksport sarang-sarang ini kelain-lain negara selain China, Hong Kong, Jepun.
Kajian telah menunjukkan sarang burung ini mempunyai khasiat yang amat tinggi, membantu mengurangkan pelbagai penyakit dan juga awit muda. Oleh sebab itu ianya mempunyai potensi yang luas dalam bidang biteknologi.
Tuan-tuan dan Puan-puan tinggal di kawasan pertanian? padi? getah? kelapa sawit? atau lain-lain? Semuanya berpotensi tinggi menjadi tempat mencari makan bagi burung-burung layang-layang gua ini. Oleh itu rebutlah peluang untuk menjadi jutawan!! jangan biarkan burung-burung yang datang kekawasan kita untuk mencari makanan pulang ke bandar-bandar untuk tidur dan bersarang.. Sediakan rumah untuk mereka.. Kami percaya walaupun rumah tuan-tuan kecil dan berharga murah, burung-burung tersebut akan singgah dan bermalam dan seterusnya bersarang di rumah tuan-tuan.. BAYANGKAN…KITA MANUSIA PERGI MENCARI MAKAN DI SUATU TEMPAT..TENTUNYA KITA AKAN SEDAYA UPAYA MENCARI RUMAH UTK TINGGAL…DIKAWASAN YANG PALING DEKATKAN?? BEGITU JUGA TABIAAT BURUNG LAYANG-LAYANG INI..
Jika anda berminat..boleh hubungi kami pada talian 013-4861990/0196224855 nordin/siti untuk keterangan lanjut atau email kami pada nordi_jef@yahoo.com.
Kami boleh membantu memeriksa kawasan anda mempunyai burung atau pun tidak.. kesesuaian tempat anda untuk pelaburan masa depan.
Kami juga boleh mereka bentuk rumah yang bersesuaian pada kos yang minimum. Tujuan kami membantu seberapa ramai yang boleh untuk menceburi bidang ini..Keuntungan kami hanya berpada-pada bukan keterlaluan.
Kami juga boleh membina, mengubah suai atau memasang peralatan dalaman untuk rumah-rumah anda.. Anda juga boleh melawat rumah-rumah yang telah menemui kejayaan (burung keluar-masuk/bermalam atau bersarang).
KEJAYAAN ANDA ADALAH KEJAYAAN KAMI..INSHA ALLAH.



