Layang-layang Gua atau Edible-nest Swiftlets sudah terkenal sejak bertahun-tahun dulu disebabkan kepentingannya kepada ekonomi pengusahanya dan kepada negara. Burung Layang-layang Gua ini tergolong dalam Genus: Aerodramus dan nama saintifiknya ialah: Aerodramus fuciphagus.
Di Malaysia, seperti juga di Indonesia dan Thailand, burung Layang-layang Gua ini terkenal sarangnya yang boleh dimakan dan kebiasaannya dibuat sup- Bird’s nest soup. Di Malaysia terdapat dua spesies burung layang-layang yang menghasilkan sarang yang boleh dimakan iaitu Layang-layang sarang hitam (A. Maximus) dan Layang-layang Gua (A. fuciphagus). Layang-layang Gua dikenali sebagai burung Walet di Indonesia. Sesetengah pihak di Malaysia juga memanggilnya burung Walit, meniru nama yang sama dipanggil di Indonesia tetapi menukar ejaan dari Walet kepada Walit. Mungkin bagi mengelakkan pertelingkahan kerana mengambil perkataan Indonesia tanpa kebenaran??
Nama Burung Layang-layang Gua telah termaktub dalam enakment sejak tahun 1950an dan pada 1972 ianya telah disenaraikan di dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar AKTA 76/72.
Burung Layang-layang tergolong dalam famili burung yang berupaya terbang melayang pada kelajuan yang tinggi. Layang-layang yang sebenar (true swift) hanya berupaya bergayut pada permukaan dinding yang kasar seperti dinding gua, bangunan atau permukaan kayu yang kasar yang tergantung. Ia juga terbang melayang menggunakan sayapnya yang panjang, lebih panjang dari ekornya.
Burung layang-layang lain seperti swallows (Sualo) dan Treeswifts yang selalunya dapat dilihat pada talian letrik, talipon atau ranting-ranting pokok tergolong dalam famili yang berlainan. Burung-burung ini biasanya terbang dengan bulu sayap yang sedikit tertutup. Contohnya: Swallows-Pacific swallow, Barn Swallow, Red-rumped Swallow; Treeswifts-Grey-rumped treeswift, Crested Treeswifts,Whiskered Treeswifts, Moustached Treeswifts.
Burung layang-layang yang bersaiz kecil yang lain terbang dengan speed yang lebih perlahan, kerap bertukar arah dan dengan badan sedikit menyenget ke sisi. Contohnya: White-bellied Swiftlets, Asian Palm Swifts, House Swift, Fork-tailed palm swift, Comon swifts, Dark-rumped Swifts.
Typical Swifts tergolong dalam famili Apodidae. Badannya agak compact sayang yang panjang, leher pendek, dan kaki yang terlalu pendek serta kuku yang tajam. Burung layang-layang ini boleh terbang sehinga melebihi 20km sehari. Mereka mencari makanan, minum dan mandi ketika terbang.
Burung layang-layang ini memakan serangga yang ditangkap semasa terbang (menyambar). Kebanyakkannya membina sarang secara berkoloni (berkelumpok) atau beramai-ramai di dalam lubang-lubang, dinding gua dan menggunakan bahan-bahan daripada palnts materials dan dilekatkan bersama dengan air liur mereka. Layang-layang ini tidak mempunyai nilai ekonomi kecuali mereka membantu menangkap serangga perosak di kawasan pertanian.
Layang-layang Rumah (house swifts) kebiasaannya membuat sarang di bangunan-bangunan seperti rumah, pejabat atau sebagainya. Ia membuat sarang daripada lumpur dan rumput-rumput. Ia juga membuang najis di merata tempat dan menyebabkan kekotoran. Ia juga dianggap sebagai pests oleh sesetengah orang.
Burung layang-layang terletak di bawah famili Apodidae. Terdapat 19 genera, 92 spesies, dan 276 taxa. Terdapat 2 sub-famili layang-layang iaitu: Cypseloidinae (13 spesies), Apodinae (79 spesies). Apdinae mempunyai 3 tribes: Collocalini (Swiftlets-4 genus)-28 spesies; Chaeturini (spinetails-24 spesies) dan Apodini (typical swifts-27 spesies).
Terdapat 5 spesies swiftlets di Malaysia. Mereka tergolong dalam 3 genus: Aerodramus, Collocalia dan Hydrochous. Kesemua mereka bersarang pada gua, bangunan, culvets dan rock shelters. Kelima-lima spesies tersebut ialah: Black-nest Swiftlets, Giant Swiftlets, Mossy-nest Swiftlets, White-bellied Swiftlets, dan Edible-nest Swiftlets.
Habitat Swiftlets:
Burung layang-layang merupakan highly specialized feeders. Ini menjadikan mereka memerlukan kawasan yang mempunyai makanan yang banyak. Mereka juga memerlukan kawasan tempat tinggal dan membiak yang berhampiran dengan kawasan mereka mencari makanan. Burung layang-layang yang menghasilkan telor yang sedikit boleh memberikan peluang untuk mereka keluar mencari makanan di kawasan yang jauh daripada sarang mereka.
Selain kawasan yang mempunayi serangga yang banyak, kawasan yang b erhampiran dengan air juga adalah penting.
Biologi Swiftlets:
Black-nest Swiftlets menghasilkan sebiji telor setiap kali musim bertelor. Sementara Edible-nest Swiftlets menghasilkan 2 biji telor pada setiap musim bertelor. Terdapat 3 musim bertelor setahun bagi kedua-dua spesies. Swiftlets memerlukan lebih dari sebulan untuk membina sarang mereka. Kedua-dua jantina (pasangan) mengambil bahagian membina sarang.