Archive for December 23rd, 2009

23
Dec
09

Mari berkenalan dengan burung Layang-layang Gua

Yang paling penting ia menghasilkan air liur yang  digunakan untuk membuat sarang. Tidak seperti sarang burung-burung lain, sarang burung ini boleh dimakan. Sarangnya dipetuakan oleh JAKIM sebagai harus untuk dimakan melalui penyelidikan yang telah dijalankan oleh pegawai mereka.

Jadi tak perlu was-was untuk mencuba meminum air sarang burung layang-layang gua ini.

Burung Layang-layang Gua ini telah disenaraikan di dalam Jadual … di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 72/76. Sebelum tahun 2004, ianya diperlindungi sepenuhnya. Tetapi kajian menunjukkan populasinya semakin menurun dsebakan kegelojohan manusia mengutip sarangnya untuk dijual. Memandangkan sarangnya yang berharga amat tinggi, usaha untuk melindunginya amat sukar sekali. Oleh sebab itu kebanyakkan gua-gua yang berada di perairan Malaysia terutamanya di Semenanjung Malaysia tidak lagi menyediakan habitat yang baik untuk burung-burung ini. Begitu rakusnya manusia, sehingga belum pun sempat burung-burung ini menyiapkan sarang mereka, ianya telah pun dicuri oleh manusia yang kejam. Kutipan sarang juga menyebabkan telur atau anak-anak yang ada didalamnya dibuang begitu sahaja…KEJAM kan? ITULAH MANUSIA…

Sejak tahun 2004, burung layang-layang ini telah dikeluarkan dari senarai burung-burung yang diperlindungi sepenuhnya setelah satu kajian populasinya dijalankan oleh pihak Jabatan PERHILITAN pada tahun 1995 dan 1997. Kini pihak Jabatan PERHILITAN telah menggalakkan orang ramai menceburi industri sarang burung layang-layang ini. Walaubagaimana pun lesen-lesen yang tertentu dikenakan bagi menjalankan industri ini seperti lesen mengutip sarang, lesen berniaga dan juga import/eksport.

Burung Layang-layang Gua ini tergolong dalam Genus: Aerodramus dan nama saintifiknya ialah: Aerodramus fuciphagus.

Ia berbeza dengan lain-lain burung Layang-layang kerana sarangnya yang berwarna putih dan diperbuat daripada air liurnya. Sarangnya pula boleh dimakan. Burung ini juga mempunyai kaki yang amat pendek sehinggakan apabila jatuh di mana-mana permukaan, ia tidak akan dapat terbang semula. Hanya MAUT menjadi takdirnya, kecuali kita MANUSIA dapat membantunya untuk melambungkan ia keudara..

Tabiatnya yang tidak boleh hinggap di mana-mana pokok, talian, atau apa-apa selain di tepian gua atau di papan/dinding yang kasar membuatkan ianya cuma boleh terbang di sepanjang hari. Allah Taala memberikan ianya kekuatan untuk berbuat demikian. Ia makan secara menyambar…oleh itu burung ini haram untuk dimakan. Ia mengurat temannya dan mengawan juga di udara. Ia juga minum sambil terbang..MENAKJUBKAN KAN?

Oleh sebab-sebab inilah layang-layang gua ini PEMBERSIH dan ia belum ada rekod lagi membawa sebarang penyakit. Kajian oleh pihak Institute Penyelidikan Veterina belum pernah menemui apa-apa jenis penyakit yang dibawa oleh burung ini..

To be continued..

23
Dec
09

Ingin menjadi jutawan??

 Anda boleh menjadi jutawan dalam jangkamasa hidup anda atau anak-anak yang mewarisinya. Ramai dikalangan pengusaha yang berbangsa Cina telah menjadi jutawan kerana mereka telah menceburkan diri dalam business ini sejak 20-30 tahun dulu. Anda bila lagi??

Pihak kami boleh membantu anda atau anak-anak anda mencapai cita-cita tersebut. Sarang burung layang-layang gua ini telah bertahun-tahun berada di pasaran dan permintaannya tidak pernah menurun. Dunia sehingga kini masih kekurangan  stok untuk dibeli. Malaysia kini menjadi antara negara yang mempunyai potensi yang besar untuk mengeksport sarang-sarang ini kelain-lain negara selain China, Hong Kong, Jepun.

Kajian telah menunjukkan sarang burung ini mempunyai khasiat yang amat tinggi, membantu mengurangkan pelbagai penyakit dan juga awit muda. Oleh sebab itu ianya mempunyai potensi yang luas dalam bidang biteknologi.

Tuan-tuan dan Puan-puan tinggal di kawasan pertanian? padi? getah? kelapa sawit? atau lain-lain? Semuanya berpotensi tinggi menjadi tempat mencari makan bagi burung-burung layang-layang gua ini. Oleh itu rebutlah peluang untuk menjadi  jutawan!! jangan biarkan burung-burung yang datang kekawasan kita untuk mencari makanan pulang ke bandar-bandar untuk tidur dan bersarang.. Sediakan rumah untuk mereka.. Kami percaya walaupun rumah tuan-tuan kecil dan berharga murah, burung-burung tersebut akan singgah dan bermalam dan seterusnya bersarang di rumah tuan-tuan.. BAYANGKAN…KITA MANUSIA PERGI MENCARI MAKAN DI SUATU TEMPAT..TENTUNYA KITA AKAN SEDAYA UPAYA MENCARI RUMAH UTK TINGGAL…DIKAWASAN YANG PALING DEKATKAN?? BEGITU JUGA TABIAAT BURUNG LAYANG-LAYANG INI..

Jika anda berminat..boleh hubungi kami pada talian 013-4861990/0196224855 nordin/siti untuk keterangan lanjut atau email kami pada nordi_jef@yahoo.com.

Kami boleh membantu memeriksa kawasan anda mempunyai burung atau pun tidak.. kesesuaian tempat anda untuk pelaburan masa depan.

Kami juga boleh mereka bentuk rumah yang bersesuaian pada kos yang minimum. Tujuan kami membantu seberapa ramai yang boleh untuk menceburi bidang ini..Keuntungan kami hanya berpada-pada bukan keterlaluan.

Kami juga boleh membina, mengubah suai atau memasang peralatan dalaman untuk rumah-rumah anda.. Anda juga boleh melawat rumah-rumah yang telah menemui kejayaan (burung keluar-masuk/bermalam atau bersarang).

KEJAYAAN ANDA ADALAH KEJAYAAN KAMI..INSHA ALLAH.




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.